- This event has passed.
Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma @ SMK Tun Telanai

📅 Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma @ SMK Tun Telanai
Pada 28 Mei 2025 (Isnin), hasil kerjasama antara SMK Tun Telanai dan Klinik Hijraa Bukit Payong, telah berlangsung Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma bertempat di dewan terbuka sekolah.
💉 Program ini bermula seawal pagi hingga tengah hari dan memberi fokus kepada kepentingan penjagaan kesihatan, khususnya kepada golongan ibu bapa dan guru-guru.
🩺 Antara yang ditawarkan:
✔️ Pemeriksaan PEKAB40 – Pemeriksaan kesihatan menyeluruh PERCUMA untuk yang layak
✔️ Pemeriksaan kesihatan asas PERCUMA untuk semua pengunjung
✔️ Edaran flyer pemeriksaan kesihatan masuk universiti – untuk pelajar lepasan SPM yang akan melanjutkan pelajaran
📄 Flyer ini memberi info lengkap tentang:
-
Syarat-syarat check-up masuk IPTA/IPTS
-
Prosedur & dokumen diperlukan
💚 Klinik Hijraa mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan dan kepada semua pengunjung yang hadir. Moga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan dalam komuniti, terutamanya bagi generasi muda.


