Servis yang Ditawarkan

Imbasan Ultrabunyi (Ultrasound Scan)

Imbasan Ultrabunyi, atau lebih dikenali sebagai ‘ultrasound scan’, merupakan kaedah diagnostik yang menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk membentuk struktur imej dalaman tubuh manusia.

Fungsi:

Ultrabunyi digunakan untuk menghasilkan struktur imej dalaman tubuh, seperti organ, tisu, dan aliran darah. Ia adalah alat diagnostik yang selamat dan tidak terdedah kepada sinaran radiasi yang berbahaya.

Kelebihan Ultrasonografi:

  • Tidak invasif: Kaedah yang selamat, cepat dan tidak menyakitkan.
  • Gambaran langsung (Real-time Imaging) : Memberikan imej secara langsung untuk pengimejan diagnostik serta pemantauan dinamik.
  • Tanpa Radiasi: Tidak menggunakan sinaran ion atau radiasi, menjadikannya selamat untuk semua golongan pesakit termasuk wanita hamil dan kanak-kanak.

 

Bagi ibu mengandung berdekatan marang atau kuala terengganu, berikut pula adalah jenis ultrabunyi yang boleh dilakukan di Klinik Hijraa Bukit Payong :

Jenis-jenis Imbasan Ultrabunyi

Terdapat beberapa jenis imbasan ultrabunyi yang tersedia, bergantung pada tujuan pemeriksaan dan teknologi yang digunakan:

  1. 2D Ultrabunyi
    • Imbasan asas yang memberikan imej hitam putih dan dua dimensi. Ia sering digunakan untuk menentukan usia kehamilan dan memantau pertumbuhan janin.
  2. 3D Ultrabunyi
    • Membolehkan gambaran tiga dimensi bayi dalam rahim, memberikan imej yang lebih jelas dan realistik.
  3. 5D Ultrabunyi
    • Tambahan kepada 3D, dengan keupayaan merakam video secara langsung bagi melihat pergerakan bayi dalam masa sebenar.
  4. 7D Ultrabunyi (Terbaru)
    • Teknologi canggih yang menghasilkan imej bayi dengan lebih terperinci dan hampir menyerupai realiti. Imbasan 7D juga menawarkan ciri unik di mana wajah bayi boleh dicetak dalam bentuk 3D untuk kenangan istimewa yang berbeza lain daripada yang lain.
  5. Trans Vagina Ultrabunyi (TVS (Transvaginal Ultrasound))
    • Imbasan dalaman menggunakan alat khas yang dimasukkan ke dalam faraj. Ia sering digunakan untuk mendapatkan imej yang lebih jelas pada peringkat awal kehamilan atau untuk menilai rahim dan ovari.
  6. Imbasan Kejernihan Nuchal (Nuchal Translucency (NT) Scan)
    • Pemeriksaan khas yang dilakukan antara minggu ke-11 hingga minggu ke-14 kehamilan untuk mengukur ketebalan cecair di belakang leher janin. NT scan membantu mengenalpasti risiko sindrom Down dan masalah kromosom lain.

 

Kelebihan Ultrabunyi dalam Penjagaan Kehamilan

Imbasan ultrabunyi memainkan peranan penting dalam memastikan kehamilan berjalan lancar. Antara manfaatnya termasuk:

  • Memastikan keadaan dan posisi janin.
  • Mengesan kecacatan kelahiran awal.
  • Menentukan jumlah cecair amniotik yang mencukupi.
  • Memantau perkembangan organ janin seperti jantung dan otak.
  • Memberikan peluang kepada ibu bapa untuk melihat perkembangan bayi, menjadikan pengalaman kehamilan lebih bermakna.

 

Ciri Istimewa Imbasan 7D dan Cetakan Wajah 3D Bayi

Teknologi 7D telah merevolusi cara ibu bapa merasai detik indah kehamilan. Dengan resolusi yang sangat tinggi, ibu bapa dapat melihat butiran wajah bayi seperti senyuman, hidung, dan pergerakan kecil yang menawan hati. Selain itu, Klinik Hijraa Bukit Payong menawarkan perkhidmatan mencetak wajah bayi dalam bentuk 3D menggunakan hasil imbasan ini. Ia menjadi kenangan yang unik untuk diabadikan sewaktu kehamilan.